Search This Blog

Thursday, 10 May 2012

Langkah Menjawab Soalan SPM Untuk Soalan Komponen Sastera

  1. Baca petikan sekurang-kurangnya dua kali untuk mendapat gambaran yang menyeluruh dengan baik dan jelas.
  2. Supaya petikan tersebut mudah anda fahami, berikan perhatian kepada perkara-perkara yang berikut:
a) watak-watak dalam petikan
b) persoalan atau isu utama dalam petikan
c) sebab-sebab timbulnya persoalan dalam petikan
d) masa sesuatu peristiwa dalam petikan berlaku
e) tempat berlakunya peristiwa dalam petikan
  1. Seperti yang telah dinyatakan, anda mungkin akan diuji dalam hal menaakul maksud kata dan rangkai kata dengan berdasarkan penggunaannya dalam petikan.
  2. Untuk menjawab soalan sedemikian dengan baik, mula-mula carilah kedudukan kata atau rangkai kata yang berkenaan dalam ayat yang berkaitan.
  3. Kemudian, tentukan lah maksudnya dengan berdasarkan konteks ayat dan petikan tersebut secara keseluruhan.
  4. Ketika menuliskan maksudnya, gunakan lah kata-kata anda sendiri dalam bentuk bahasa yang baku.
  5. Anda mungkin juga diuji dalam hal:
a) menaakul perkara yang tersurat dan tersirat
b) memahami perutusan, unsur-unsur kemanusiaan, pengajaran dan sebagainya.
c) Memberikan cadangan, pandangan, pendapat dan lain-lain.
  1. Untuk menjawab soalan sedemikian, mula-mula baca soalan yang dikemukakan dengan teliti untuk memahami kehendak soalan.
  2. Ada soalan yang teriri daripada dua bahagian atau lebih. Oleh itu, pastikan hal yang berkenaan agar anda tidak ketinggalan untuk menjawabnya kelak.
  3. Semasa hendak menuliskan jawapan, ambillah sebahagian daripada soalan sebagai permulaan jawapan dan gabungkan dengan jawapan yang sebenarnya dalam bentuk ayat yang lengkap.
  4. Jika terdapat kata-kata yang berhuruf condong dalam soalan, tuliskanlahkata-kata itu semula dalam jawapan, dengan memberikan tanda petik (“…”).
  5. Gunakan kata-kata anda sendiri sebagai jawapan tanpa menggunakan kata-kata dalam petikan.
  6. Jika soalan menanyakan pendapat anda, berikanlah pendapat yang logik dan yang berkaitan dengan persoalan yang dikemukakan.
  7. Untuk mngelakkan kesalahan bahasa dalam jawapan, gunakanlah ayat yang ringkas. Hall ini bermakna bahawa jawapan anda mungkin terdirii daripada beberapa ayat.
  8. Oleh sebab itu, untuk menunjukkan kesinambungan antara ayat tersebut, gunakanlah penanda wacana seperti di samping itu,selain itu, dalam pada itu, sungguhpun demikian, dan sebagainya.
  9. Jika soalan menanyakan aspek sastera, fahamilah aspek sastera tersebut terlebih dahulu.
  10. Hal ini bermakna bahawa anda perlu mengingat semua aspek dan istilah sastera, di samping contoh-contohnya yang berkaitan.
  11. Seterusnya,kaitkan aspek sastera yang berkenaan dengan bukti dan contohnya yang terdapat dalam petikan.

Graf Binaan Plot

Wednesday, 9 May 2012

Pengajaran


Pengajaran ialah peringatan/pedoman/perutusan/amanat/mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya kepada pembaca/penonton.

Dalam karya tradisional, ia disampaikan secara tersurat/secara langsung tetapi dalam karya moden, ia disampaikan secara tersirat/tidak langsung.

Jika nilai positif, mulakan dengan
- Kita hendaklah ……..
- Kita seharusnya…….

Jika nilai negatif, mulakan jawapan dengan
- Kita jangan….
- Kita tidak boleh….
…diikuti dengan contoh dalam teks.

Nilai


Antara contoh nilai ialah:

1. Baik hati
2. Berdikari
3. Hemah tinggi
4. Hormat-menghormati
5. Kasih sayang
6. Keadilan
7. Kebebasan
8. Keberanian
9. Kebersihan mental dan fizikal
10. Kejujuran
11. Kerajinan
12. Kerjasama
13. Kesederhanaan
14. Kesyukuran
15. Rasional
16. Semangat bermasyarakat dan nilai-nilai lain yang bersesuaian.

Gaya Bahasa


Jenis Gaya Bahasa Huraiannya


1. Diksi
 bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang dalam karyanya harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej.

2. Ayat
 merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat dalam karyanya misalnya ayat pendek dan ayat panjang.

3. Personifikasi
 dikenali juga sebagai perorangan atau penginsanan • membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal -hal yang abstrak.
• contohnya: ...matahari pagi bangkit daripada selimut gunung, benaknya mendandan sejuta persoalan

4. Simile
 merupakan perbandingan yang menggunakan kat a konkrit (dapat dihitung) dengan kata abstrak (tidak dapat dihitung)
• contohnya: perahu duka, ladang kesabaran

5. Metafora
 merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan katakata
seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya • contohnya: samudera hampa,
lautan fikiran

6. Hiperbola
 merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya
• contohnya: serihu lautan sanggup diharungi

7. Sinkof
 bermaksud penyingkatan perkataan
• contohnya: "Apa dah jadi ini?"

8. Rima
 bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris dalam puisi terdiri daripada rima awal, rima daiam, dan rima akhir.

9. Asonansi
 merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak.
contohnya: pengulangan vokal w daiam baris Kerana aku penyair kupenuhi hidupku

10. Aliterasi
 bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak
• contohnya: pengulangan konsonan m dalam baris Memacu menghimpun kekuatan

11. Pengulangan
 berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak
 anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. Contohnya: Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD! Tambah mengimbau sorotan Kitab ESA!
 epifora - pengulangan kata pada akhir baris. Contohnya: ...di pundakku ...had sepiku
 repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama. Contohnya, orang berbunga dia
berbunga

12. Perlambangan
 merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda,
keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam
 contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia muda

Sudut Pandangan


1. Sudut pandangan berperanan untuk mengisahkan sesuatu cerita dan menjelaskan pihak yang menceritakan sesuatu kisah. Maka sudut pandangan mempunyai hubungan yang erat dengan watak.

2. Menurut Anwar Ridhwan (1985), sudut pandangan ialah cara bagaimana pembaca dihidangkan dengan bahan cerita atau bagaimana pengarang memilih cara yang terbaik untuk menyampaikan ceritanya.


Teknik sudut pandangan:


Sudut pandangan orang, pertama

Pengarang bercerita sendiri atau terlibat dalam cerita sebagai watak utama atau watak sampingan. Sudut pandangan ini disebut sebagai gaya aku, iaitu cerita itu dibawakan seluruhnya oleh watak aku, orang pertama, secara subjektif. Maknanya pengarang terlibat secara aktif. Teknik ini digunakan untuk menjadikan cerita lebih realistik.

Sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas


Kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak lain menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu dia dan mereka atau lengkap dengan nama. Pengarang bersikap serba tahu dan bebas bercerita untuk mengemukakan emosi, fikiran, dan pergolakan jiwa watak-watak.


Sudut pandangan orang ketiga terbatas


Pengarang tidak menceritakan semua peristiwa atau watak tetapi hanya akan memilih watak-watak tertentu dan penceritaannya tertumpu kepada mereka. Watak-watak lain diceritakan serba sedikit sahaja.


Sudut pandangan objektif

Pengarang hanya menceritakan segala sesuatu yang dilihat dan didengarnya (melapor) dan masih menggunakan kata ganti nama diri ketiga. Bezanya pengarang tidak terlibat dalam cerita. Maka pembaca berpeluang membuat penilaian sendiri terhadap cerita tersebut.