Search This Blog
Wednesday, 9 May 2012
Gaya Bahasa
Jenis Gaya Bahasa Huraiannya
1. Diksi
bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang dalam karyanya harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej.
2. Ayat
merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat dalam karyanya misalnya ayat pendek dan ayat panjang.
3. Personifikasi
dikenali juga sebagai perorangan atau penginsanan • membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal -hal yang abstrak.
• contohnya: ...matahari pagi bangkit daripada selimut gunung, benaknya mendandan sejuta persoalan
4. Simile
merupakan perbandingan yang menggunakan kat a konkrit (dapat dihitung) dengan kata abstrak (tidak dapat dihitung)
• contohnya: perahu duka, ladang kesabaran
5. Metafora
merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan katakata
seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya • contohnya: samudera hampa,
lautan fikiran
6. Hiperbola
merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya
• contohnya: serihu lautan sanggup diharungi
7. Sinkof
bermaksud penyingkatan perkataan
• contohnya: "Apa dah jadi ini?"
8. Rima
bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris dalam puisi terdiri daripada rima awal, rima daiam, dan rima akhir.
9. Asonansi
merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak.
contohnya: pengulangan vokal w daiam baris Kerana aku penyair kupenuhi hidupku
10. Aliterasi
bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak
• contohnya: pengulangan konsonan m dalam baris Memacu menghimpun kekuatan
11. Pengulangan
berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak
anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. Contohnya: Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD! Tambah mengimbau sorotan Kitab ESA!
epifora - pengulangan kata pada akhir baris. Contohnya: ...di pundakku ...had sepiku
repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama. Contohnya, orang berbunga dia
berbunga
12. Perlambangan
merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda,
keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam
contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia muda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment