Search This Blog
Wednesday, 9 May 2012
Latar
1. Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita.
2. Latar penting dalam mengembangkan tema, persoalan, plot, watak, dan perwatakan. Idea, plot, dan watak akan lebih hidup jika berada dalam situasi pelbagai latar.
3. Latar merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan, bangunan, peralatan, tanggungjawab watak, waktu, dan sebagainya.
4. Latar terbahagi kepada empat jenis, iaitu:
(a) Latar tempat - Merupakan ruang atau tempat peristiwa berlaku yang berkaitan dengan lokasi geografi.
(b) Latar waktu atau masa - Menunjukkan masa peristiwa berlaku seperti zaman, era, sejarahnya, atau musimnya.
(c) Latar masyarakat atau citra masyarakat - Menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak.
(d) Latar peralatan cerita dan watak - Alatan yang digunakan oleh watak dalam sesebuah cerita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment