Search This Blog
Wednesday, 9 May 2012
Teknik Plot
1. Teknik plot ialah cara pengarang mengem-bangkan plot ceritanya supaya menarik.
2. Antara teknik plot termasuklah seperti yang berikut:
(a) Imbas kembali
i. Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya.
ii. Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau
monolog dalaman
(b) Imbas muka
i. Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu
peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi -aksi watak dalam cerita berkenaan.
ii. Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan di kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku.
(c) Saspens
i. Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya -tanya atau
perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
(d) Konflik
i. Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot.
ii. Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam din watak dan secara luaran, iaitu antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar.
iii. Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran .
(e) Kejutan
i. Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba -tiba tanpa diduga oleh pembaca.
ii. Lazimnya, kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.
(f) Dialog
i. Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak.
ii. Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat yang berkaitan dengan tema.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terima kasih.Maklumat lengkap
ReplyDelete